My photo
Life is to be fortified by many friendships. To love and to be loved is the greatest happiness of existence.


Labels

Powered by Blogger.

Monday, December 20, 2010

Year End Gift Xchange - 16/12/2010

2010 akan melabuh tirainya......banyak kenangan, kemanisan, kepahitan dilalui bersama.... Semoga 2010 meninggalkan kenangan terindah dalam hidup kalian... **LOVE & FAITH, N2N- WORLD**

wajah-wajah keriangan ketika membelek hadiah yg diterima...

Gambar Sekitar Majlis....



















My Padini T-Shirt..Thx Lina...

Sunday, December 19, 2010

Oh! Lady Gaga

Aksi Lady Gaga dalam satu persembahan di Atlantico Pavillion di Lisbon, Portugal, baru-baru ini.

PENYANYI yang terkenal dengan imej dan fesyen pelik Lady Gaga terus mengejutkan dunia hiburan apabila tampil tanpa memakai coli ketika membuat persembahan di 02 Arena, London, baru-baru ini.

Gaga yang muncul di pentas dengan pakaian yang telus-pandangan telah mengejutkan penonton apabila dilihat tidak memakai coli di sebalik pakaian tersebut.

Tanpa memakai seluar dalam, penyanyi itu dilaporkan menutup bahagian alat sulitnya cuma menggunakan dua lapis pita pelekat saja.

Walaupun berjaya menghiburkan para peminat menerusi lagu-lagu 'berhantu'nya, penampilan Gaga yang berani dan melampau itu lebih mencuri tumpuan media.

Terdahulu, fesyen baju daging yang digayakannya pada acara Anugerah MTV telah dinobatkan sebagai fesyen paling menonjol untuk tahun 2010 oleh Time Magazine.


FAKTA: Kes culik, rogol dan bunuh



  • 18 Mei 1999 - Mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui berhampiran sekolahnya. Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.

  • 7 Oktober 2000 - Mayat gadis berusia 24 tahun, Noor Suzaily Mukhtar ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.

  • 23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

  • 14 Februari 2001 - Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.

  • 13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.

  • 8 Oktober 2002 - Pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4 petang. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan

  • 6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

  • 5 Disember 2003 - Pembunuhan wanita berusia 22 tahun,Noritta Samsudin di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur menimbulkan kontroversi kerana didakwa dirogol sebelum dibunuh.

  • 13 Jun 2003 - Canny Ong lay Kian dilarikan dari Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang tepi jalan, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

  • 8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, 8 Januari lalu.

  • 17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.

  • 23 November 2004 - Pembunuhan Mazny Abdullah di Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

  • 17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.



  • sumber : http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/602-doa-khusus-elak-rogol-a-cabul--amalkanlah.html

    Doa Khusus Elak Rogol & Cabul

    Doa Dari Hadis Sohih
    Khusus Elak
    Di Rogol & Cabul

    Oleh

    Zaharuddin Abd Rahman

    www.zaharuddin.net

    Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

    Iaitu:-

    DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

    Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

    ____________________________________________________________________________

    Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

    DALAM sebutan rumi : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

    Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

    Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

    Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

    Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

    Fikirkanlah.

    Sekian

    Zaharuddin Abd Rahman

    http://www.zaharuddin.net/

    12 Ramadhan 1428 H

    24 September 2008

    P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.

    Season of the Witch



    Sypnosis

    In the supernatural thriller Season of the Witch, Nicolas Cage stars as a 14th century Crusader who returns with his comrade (Ron Perlman) to a homeland devastated by the Black Plague. A beleaguered church, deeming sorcery the culprit of the plague, commands the two knights to transport an accused witch (Claire Foy) to a remote abbey, where monks will perform a ritual in hopes of ending the pestilence. A priest (Stephen Campbell Moore), a grieving knight (Ulrich Thomsen), an itinerant swindler (Stephen Graham) and a headstrong youth who can only dream of becoming a knight (Robert Sheehan) join a mission troubled by mythically hostile wilderness and fierce contention over the fate of the girl. When the embattled party arrives at the abbey, a horrific discovery jeopardizes the knight’s pledge to ensure the girl fair treatment, and pits them against an inexplicably powerful and destrustive force.

    Salam


    Salam Ahad....

    Life is to be fortified
    by many friendships.
    To love and to be loved
    is the greatest happiness of existence.

    **LOVE & FAITH, N2N- WORLD**
    HTML Comment Box is loading comments...