My photo
Life is to be fortified by many friendships. To love and to be loved is the greatest happiness of existence.


Labels

Powered by Blogger.

Wednesday, November 23, 2011

Ong Kim Swee tibai Wartawan


Ong Kim Swee tibai Wartawan…

Kan sudah kena….kwang3x .. wartawan ni pun satu, nak bagi soalan agak2 la..jgn guna “tiket” anda sebagai wartawan untuk tanya soalan2 yg tidak membina “otak”….  Peace uolz ^^

Tuesday, November 22, 2011

Habuan Harimau Muda

Harimau Muda terima habuan RM30,000 seorang 

KUALA LUMPUR: Pemain dan pegawai skuad Harimau Muda yang mempertahan pingat emas bola sepak Sukan SEA akan menerima RM30,000 setiap seorang daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).




Sumber : Berita Harian, Kosmo, Metro & Utusan Online 

Sos HP dan Sos Tabasco Tidak Halal

Sos HP dan sos tabasco juga telah disahkan oleh JAKIM mengandungi DNA babi 


Lampiran surat dari JAKIM


Banyaknya makanan yang tak halal sekarang… semoga kita dijauhkan dari makan mende2 yang tidak  halal ini… amiiin

Kepulangan Harimau Muda Malaya

Inilah Kata Kata Semangat buat Harimau Muda Malaya ketika turun menentang Garuda 
"MEREKA tak hormati kamu, tak hormat bendera kita, tak hormat raja kita dan mereka tak hormat ibubapa KAMU. Kalau KAMU benarkan ia(kekalahan) berlaku, maka KAMU adalah pengecut. Kamu mesti ajar mereka kehebatan seorang warganegara Malaysia.."

"Kita kalahkan mereka bukan sekali tapi dua kali dihadapan jutaan penyokong setia mereka. Kita tunjukkan bagaimana melakukannya"

- Ong Kim Swee – 


Suasana di LCCT ketika menyambut kepulangan #Harimau Muda Malaya#






Goal Penalti Malaysia vs Indonesia

Final Sukan SEA ke – 26 : Goal Penalti Malaysia  vs Indonesia
Detik mendebarkan….. dan Alhamdulillah… #Harimau Muda Malaya# berjaya membawa pulang ibu segala pingat emas dari temasya Sukan Sea ke – 26 ini…




Goal Goal yg dijaringkan di separuh masa pertama…


Minit - 4:30 Malaysia [0] – Indonesia [1]



Minit - 33:46 Malaysia [1] – Indonesia [1]

SUKAN SEA: HARIMAU MUDA MALAYA JUARA!


Sukan SEA: Malaysia kekal emas bola sepak
KUALA LUMPUR: Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi untuk mengekalkan pingat emas. 


Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan 30 minit.

Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.

SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.
Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.


Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.

Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.


Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.



Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.

Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.
Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.

Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.
Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.




Yes!!!! KFCM menafikan penalti Ferdinand
Aksi KFCM a.k.a Apek selepas berjaya menampan kemas tendangan penalty Ferdinand
Kapten Harimau Muda Malaya!














 MEGAH...pemain negara meraikan kejayaan pertahan emas Sukan Sea, malam tadi.

Monday, November 21, 2011

Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia 24 (FFM24)

FFM24
PEMENANG ANUGERAH GEMILANG CIPTA FFM24
Kategori Poster Filem Terbaik - Hikayat Merong Mahawangsa 
Kategori Kesan Khas Visual Terbaik - Hikayat Merong Mahawangsa 

Kategori Pelakon Kanak Kanak Terbaik - Adik Mia Sara Nasuha (Filem Sekali Lagi)


Kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - Salehudin Abdul Bakar (Filem Hantu Bonceng)


Kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik - Nadia (Filem Cun)


Kategori Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik - Great Day
Kategori Lagu Tema Asal Terbaik -Sedetik Lebih Hikayat Merong Mahawangsa 

Kategori Pengarah Harapan Terbaik - Jurey Rosli (Filem Libas)


Kategori Filem Pendek Terbaik - The Other Side


Kategori Filem Animasi Terbaik - Mushroom Head (Multimedia University)


PEMENANG ANUGERAH GEMILANG PERDANA 


Filem BoxOffice: KL Gangster 
Skor Muzik Asal Terbaik:Edry Abd Halim – Hikayat Merong Mahawangsa 
Pereka Kostum / Busana Terbaik: Rosada Abdul Hamid - Hikayat Merong Mahawangsa 
Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof – KL Gangster 
Penataan Bunyi Terbaik: Hisham Jufri – KL Gangster 


Cerita Asal Terbaik: Martias Mohd Ali – Filem Libas
Lakon Layar Terbaik: Syamsul Yusof – KL Gangster 
Sinematografi Terbaik: Mohd Noor Mohd Kassim – Hikayat Merong Mahawangsa 
Penataan Seni Terbaik: Anuar Paharuddin & Keck Tim Lim- Hikayat Merong Mahawangsa 


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Faezah Ilai – Filem CUN
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shofi Jikan – KL Gangster 


Pelakon Wanita Terbaik: Siti Shahriza (Eja) – Janin


Pelakon Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam
Pengarah Filem Terbaik: Syamsul Yusof KL Gangster 
Filem Terbaik: Hikayat Merong Mahawangsa 

PEMENANG ANUGERAH PERDANA KHAS


Filem Pilihan Penonton Astro Melalui SMS FFM24: Filem Kongsi
Pencapaian Gemilang FFM24: Datuk Michelle Yeoh
Pencapaian Sepanjang Hayat FFM24: YB Tan Sri Dato Dr Jins Shamsuddin

ANUGERAH KHAS JURI


Anugerah Juri Bintang Wayang FFM24: Sidek Hussien.
Anugerah Khas Juri Filem Libas arahan Jurey Latif yg juga presiden GAFIM
Anugerah Khas Juri Pelakon Komedi Terbaik FFM24: Allahyarham Zami Ismail
Anugerah Khas Juri Filem Genre Mistik Terbaik FFM24: Filem Janin











HTML Comment Box is loading comments...