My photo
Life is to be fortified by many friendships. To love and to be loved is the greatest happiness of existence.


Labels

Powered by Blogger.

Friday, December 30, 2011

Telemovie : Ku Hijrahkan Doa

Telemovie : Ku Hijrahkan Doa


Zamarul Hisham
Sinopsis
Ku Hijrahkan Doa mengisahkan Saiful dan Kamarul, anak yatim piatu yang membesar bersama-sama. Saiful dan Kamarul akrab dan mereka berkongsi minat yang sama namun yang membezakan mereka ialah tahap pemikiran dimana Saiful lebih bijak daripada Kamarul. Kamarul mempunyai masalah sukar mengingati sesuatu sejak lahir. Semakin hari, Saiful semakin cemerlang dan berjaya. Saiful kecewa dan menganggap Kamarul tidak rajin berusaha keras dan tidak ikhlas berdoa. Saiful sukses dalam kerjayanya dan mampu memiliki rumah dan berkahwin. Saiful menganggap kejayaannya adalah hasil dia rajin berda dan doanya sentiasa dimakbulkan Tuhan. Tidak lama kemudian Kamarul meninggal dunia. Ketika mengemas rumah pusaka mereka, Saiful terjumpa secebis kertas yang sering dibaca oleh Kamarul ketika berdoa. Saiful terharu dan menangis apabila mengetahui bahawa selama ini, berkat doa adiknyalah yang membuatkan dia berjaya.


Telemovie : Ajaibnya Cinta

Cerekarama : Ajaibnya Cinta


Sinopsis


Ajaibnya Cinta mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Affendi yang kerap mencuri. Seluruh penduduk kampung tahu tentang perangai buruk Affendi termasuklah emak Affendi sendiri yang mengakui tidak mampu lagi menasihati anaknya. Suatu hari, Affendi memecah masuk ke dalam rumah Ramli untuk mencuri tiket perlawanan bola seperti yang dijanjikannya pada Musliha. Namun, Affendi tertangkap dan dipukul oleh Ramli serta kawan-kawannya. Mak Tom yang menyedari situasi tersebut datang menyelamatkan Affendi. Apakah Affendi akan menyedari kesilapan yang dilakukannya atau dia tetap dengan perangai buruknya?


Thursday, December 29, 2011

Movie : Ombak Rindu

Sinopsis Ombak Rindu

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?


 

Thursday, December 22, 2011

Video : Ombak Rindu

Hafiz & Adira - Ombak Rindu (OST Ombak Rindu)

Drama Series : Vanilla Coklat




Sinopsis
 Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan. 
 Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi. 
 Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.
Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka. 
 Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara. 
 Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain. 
 Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.  
 Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.  
 Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?
 
Episode 1
 
Episode 2

Drama Series : Dingin Lavenda

Sinopsis
Drama bersiri 13 episod tersebut mengisahkan tentang persahabatan Jannah (Eira Syazira), Nana (Faralyna Idris) dan Murni (Zarina Zainordin) yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Melbourne, Australia selepas tamat Kursus Persediaan Pelajar ke luar negara di universiti tempatan di Malaysia.
Pada awal pengenalan, Jannah dan Murni tidak menyenangi sikap Nana yang suka berlagak dengan barang-barang mahalnya. Pewangi Lavenda yang digunakan oleh Nana juga menarik perhatian Jannah dan Murni. Matthew (Salleh Mahfooz) menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dan sering bertanyakan soalan-soalan kepada Nana.
Hubungan Jannah, Nana dan Murni menjadi rapat apabila Nana bersetuju untuk mengikut mereka menghabiskan cuti semester di kampung. Nana mula belajar untuk hidup secara sederhana dan mendalami diri dalam didikan agama. Selepas setahun, mereka bersiap sedia untuk bertolak ke Melbourne. Jannah yang berpegang teguh dengan agama Islam juga berjaya membimbing Nana berubah menjadi seorang Muslimah yang soleh.
Perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan selepas tiba di Melbourne.  Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel. Kata-kata Azhar yang selalu memberi semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing.
Jannah bertemu semula dengan Matthew di Melbourne. Matthew sering menghabiskan masa bersama Jannah, Nana dan Murni kerana keinginannya untuk mempelajari cara hidup Islam. Kemesraaan Matthew dan Nana telah menyebabkan Murni cemburu sehingga berlaku pergaduhan besar antara Murni dan Nana. Murni juga marah dengan Nana yang telah merampas Matthew daripadanya.
Akibat terlalu mengikut nafsu dan jiwa yang memberontak, Murni telah bersekedudukan dengan Megat dan berjinak-jinak di bar. Sementara, Nana yang telah menemui jodoh bersama Iskandar, Jannah pula berdepan dengan kekecewaan selepas Azhar beralih cinta kepada sepupunya, Munira.
Apakah Jannah akan menerima lamaran Matthew yang sudah memeluk agama Islam? Bagaimana pula dengan Murni yang semakin tenggelam dalam dunia gelapnya? Jannah yang tidak pernah berputus asa untuk mencari Murni bertekad untuk membimbing kawan baik mereka ke jalan yang sebenar. Berjayakah Jannah?

Episode 1
Episode 2

Episode 3

Telemovie : Bertaut Kasih

SINOPSIS BERTAUT KASIH (TV3)
Bertaut Kasih mengisahkan Fauzi yang terpaksa berkahwin dengan Yasmin, gadis pilihan ibunya. Walaupun tidak mempunyai perasaan terhadap Yasmin, Fauzi tetap meneruskan perkahwinannya dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Empat tahun berlalu, Fauzi dan Yasmin dikurniakan seorang anak lelaki dan mereka telah berpindah ke bandar.

Fauzi bertugas sebagai seorang arkitek manakala Yasmin merupakan suri rumahtangga sepenuh masa. Walaupun pada dasarnya mereka nampak bahagia namun perasaan cinta masih belum wujud di hati Fauzi yang sering merasakan kekosongan.






Friday, December 16, 2011

Movie : Nur Kasih The Movie

foto Nur Kasih The Movie (Download Movie)

Sinopsis


Nur Kasih The Movie adalah sebuah cerita bagaimana sebuah keluarga menghadapi setiap ujian daripada Tuhan. Kematian isteri Aidil telah memberikan kesan yang mendalam terutama kepada Aidil sendiri. Dia ditemani oleh dua orang anaknya iaitu Illyas dan Mariam. Adik kepada Aidil yang bernama Adam dan juga isterinya Nur Amina turut membantu untuk memberi semangat kepada Aidil.
foto Nur Kasih The Movie (Download Movie)


Telemovie : Cinta Si Kasar Lembut


Sinopsis
Drama komedi cinta yang berkisarkan tentang hati dan perasaan dua insan yang berbeza penampilannya.Dahlia ialah seorang perempuan yang berperwatakan lelaki.Dahlia suka berpakaian t-shirt dan jeans dan dia merupakan jurulatih Tae-Kwan-Do. Di Zaman sekolah,Dahlia selalu dibuli oleh seniornya, Kamil. Setelah dewasa, Kamil menjadi seorang yang tampan tetapi dia tidak mengenali Dahlia kerana teman teman memanggilnya Tom kerana dia seperti seorang tomboy. Tak dapat dinafikan bahawa Dahlia mempunyai hati terhadap Kamil. Pada suatu petang, Dahlia menolong seorang mangsa ragut dengan mendapatkan kembalik dompet mangsa tersebut. Mangsa itu merupakan seorang lelaki yang berperwatakan sedikit lembut yang bernama Amri.Amri telah dibesarkan dengan belas kasih seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai penjahit baju.Walaupun lembut,Amri adalah seorang lelaki yang baik, sopan santun dan beradap.Dia berperwatakan begitu kerana menganggap ia dapat menarik perhatian pelanggan butiknya. Amri membantu Dahlia untuk berubah untuk memikat Kamil namun pada akhirnya, Amri telah jatuh cinta pada Dahlia.


Telemovie : Kekasih Awal dan Akhir

Sinopsis
‘Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.

Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.

Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.


Telemovie : Si Tudung Tweet

Sinopsis


Telefilem menarik arahan Ghaz Abu Bakar ini mengisahkan tentang kehidupan pelajar di kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah merupakan seorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. Liyana Jasmay yang memegang watak Zubaidah, berasa iri hati terhadap Marissa, lakonan Juliana Evans, yang dianggap saingannya. Marissa merupakan bukan sahaja bijak dari segi komunikasi dan penampilan, malahan ramai gadis di kolej ingin menjadi sepertinya dan menganggapnya sebagai idola.
Situasi ini membuatkan Zubaidah bertambah iri hati dan bertindak mencetuskan spekulasi di laman sosial terhadap Marissa. Apatah lagi ramai jejaka yang ingin menjadi teman Marissa. Pelbagai perubahan dilakukan oleh Zubaidah untuk menyaingi Marissa sehinggalah suatu hari, Zubaidah melakukan sesuatu yang tidak diduga semasa menghadiri kuliah pengajian Islam dan mendapat perhatian ramai! Telefilem mesti tonton ini pastinya menghiburkan anda seisi keluarga.

Telemovie : Aku Untuk Siapa


Pelakon
Siti Saleha (Nora Elena), Almy Nadia, Zila Bakarin, Amer Sofaz, Iqram Dinzly, Fadzilah Mansor, Idris Mat Diah, Hairi Othman.
 
Sinopsis
Aku Untuk Siapa mengisahkan Zizie merupakan anak kandung Ramlan dan Sofea manakala Julia pula adalah anak angkat yang dipelihara sejak berusia tiga tahun. Hal ini dirahsiakan dari pengetahuan Julia. Kisahnya bermula apabila Mak Yam yang ketika itu hidup dalam kesempitan telah datang membawa anaknya Julia ke pejabat tempat Ramlan bekerja dan meminta pertolongan Ramlan agar mendapatkannya sebarang pekerjaan. Oleh kerana tiada sebarang jawatan boleh ditawarkan di pejabatnya, Ramlan telah menawarkan Mak Yam bekerja di rumahnya sebagai orang gaji.

Semenjak itu juga Julia telah dijadikan anak angkat kerana Ramlan tidak mempunyai anak setelah tiga tahun berkahwin dengan Sofea. Kehadiran Julia adalah sesuatu yang amat mengembirakan Ramlan, namun tidak bagi Sofea. Baginya dia tidak perlu mengambil anak angkat kerana merasakan bahawa dia boleh mengandung dan melahirkan anak sendiri. Tetapi disebabkan suatu peristiwa yang pernah berlaku sebelum berkahwin dengan Ramlan, dia mengambil ubat pencegah kehamilan di luar pengetahuan Ramlan.
 

Movie : Misteri Jalan Lama

Indra, anak kandung Iskandar menjadi pelumba kereta profesional, tetapi suka berjudi dan meminjam duit dengan ceti haram serta diburu anggota kongsi gelap. Manakala, Ilya pula adalah anak angkat yang diserahkan seseorang kira-kira 25 tahun lalu.


Biarpun, Ilya bukan anak kandung tetapi, Iskandar sangat menyayanginya. Hinggakan, Indra berasa hati dan mengambil keputusan untuk menjauhkan dirinya. Bagaimanapun, pada hari ke-15 selepas kematian Iskandar, pembacaan wasiat dibuat.



Namun, Indra turut diminta membawa Ilya yang tidak tahu memandu datang bersamanya. Ketika di lebuh raya, mereka dikejar anggota kongsi gelap yang menuntut hutang pada Iskandar. Bagi melepaskan diri, Indra memandu menggunakan jalan lama.



Apapun, tanpa disangka Indra dan Iskandar, mereka masuk ke dunia lain. Pelbagai peristiwa pelik, dialami mereka. Diganggu makhluk ngeri sehinggalah kepada perkara yang menyeronokkan. Justeru, apakah yang berlaku dan siapakah sebenarnya mereka?


HTML Comment Box is loading comments...