My photo
Life is to be fortified by many friendships. To love and to be loved is the greatest happiness of existence.


Labels

Powered by Blogger.

Saturday, January 15, 2011

Kota Kinabalu (P1)


Apa tempat menarik di Kota Kinabalu?? Ishk..tak sabar nak pi bercuti ni.. he he he.. nak pi rehat-rehat, release tension before Chinese New Year (CNY).. 

Mengapa?
Sebabnya CNY aku akan keje 2minggu non stop (maksudnya tak ade offday a.k.a rehat) chaiyok! Eyla boleh! Mesti boleh! 

“Ya Allah..peliharalah kesihatanku, dan semoga aku senantiasa didalam lindungan dan rahmat MU… amiiin…”

Places To Go:

1) Handicraft Market; Kota Kinabalu (Capital City)
- Located along Jalan Tun Fuad Stephens, the Handicraft Market is a favoured shopping haunt for locals and tourists alike. Souvenirs galore await you and rest assured there is something for everyone.
Start with the cheap trinkets, which make excellent gifts for friends and family. These include keychains, beaded bracelets and necklaces and bookmarks. You will be spoilt for choice with miles and miles of beautiful sarongs and pareos, an ideal reminder of your tropical holiday in Sabah! Be sure to check out the glistening and gorgeous pearl jewellery and handicrafts. You can purchase loose pearls or stunning brooches, necklaces and earrings, available at almost every stall you visit in this vast market.
For those with an eye for ornate wooden carvings, you have come to the right place. The market has an endless variety of carved crafts, including exotic wooden masks, picture frames and even stunning wall panels. Not be missed are the assortment of rattan baskets in all shapes and sizes.
The best thing about the Handicraft Market is that you never know what piece of treasure you might unravel during your visit. Some have returned home with an authentic sompoton (a traditional wind instrument), a Murut headhunter's blowpipe, a coconut-shaped handbag and a wooden-frog that ‘sings' when you stroke its back with a wooden stick.
The most important tip when visiting the market is to bargain, bargain, bargain! Pick up some local lingo to improve your bargaining skills and you might even walk away a steal.

2) Gaya Street (Sunday Market) ; Kota Kinabalu (Capital City)
 - Originally named Bond Street, Gaya Street located in the Kota Kinabalu Central Business District has been the centre of business for over a hundred years. The wooden shops with nipah roofs are long gone but here is where generations-old family businesses are still thriving passed down from father to son.
Every Sunday morning, the length of Gaya Street is closed off to traffic to make way for the Fair. Shop for anything under shady trees and over-sized umbrellas, like batik sarongs, fruits and flowers, arts and craft, footwear, antiques and souvenirs, cakes, even pets and herbs!. This is the best place to experience the cross-section of the local population when entire families enjoy a Sunday outing.
The Gaya Street Fair is on every Sunday from 6.30 am to 1.00 pm

3) Aquarium & Marine Museum
- The state-of-the-art marine museum is yet another addition to the Universiti Malaysia Sabah campus.
Established in 1995, the Borneo Marine Research Institute (BMRI) is aimed to promote education, research and training in conservation and sustainable development of marine resources, and a rational deployment of biotechnology.
Situated within the Borneo Marine Research Institute (BMRI) Complex adjunction to the Sepanggar Bay area, this aquarium and marine museum boasts one of the best aquarium facilities on the Borneo Island.
Among its facilities are the free standing exhibition tanks, live open water reef exhibition centre, live shallow reef exhibition centre, mangrove walk, contemporary Marine and Maritime Museum, Multimedia Interactive Information Kiosk, and Sipadan deep dive diorama.

4) The Waterfront ; Kota Kinabalu (Capital City)
 - Kota Kinabalu's one-stop dining and entertainment centre is found right here along the famous Waterfront. Located along Jalan Tun Fuad Stephens, the Waterfront is a popular hangout for both locals and visitors alike. As you stroll along the esplanade, be spoilt for choice when it comes to dining.
Go exotic at the Kohinoor North Indian Restaurant, enjoy Japanese fare at Kawana, fusion food at Toscani's or indulge in a great seafood selection at the Grand Portview Seafood Restaurant. In the evening, the Waterfront comes to life at various watering holes such as the popular after-hours hangout, The Loft, Cock & Bull and Shamrock - all great places to enjoy happy hours as you watch the sun set over the South China Sea.
At night, paint the town red at BED (Best Entertainment Destination), one of the biggest dance clubs in Sabah. The Waterfront is also home to a myriad of shops, including the Borneo Trading Post, ideal for Sabah souvenir hunters. Dazzling lights, pulsating rhythms and a fantastic blend of energy makes The Waterfront a must-visit during your time in Kota Kinabalu.
 
Sumber: internet..he he he

Adios..amigos..

Tuesday, January 11, 2011

Kontroversi "Tolong Ingatkan Aku" - Juri AJL25 Bertelagah?

Juri AJL25 Bertelagah? Azmeer Kurang Setuju Keputusan M.Nasir

Ketika ketua juri Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) M.Nasir mempertahankan keputusannya memilih lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Rafalli sebagai pemenang pertandingan itu, salah seorang panel juri melihat keputusan berkenaan sebagai kurang tepat.

Komposer Azmeer berkata, dia sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan itu dan secara tidak langsung menandakan Ana Raffali tidak layak untuk diangkat sebagai pemenang.

“Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan kemenangan itu. Siapakah artis yang saya rasa layak menjadi pemenang biarlah saya rahsiakan dulu buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini Isnin.

Dalam AJL25 malam Ahad lalu, Ana Rafali yang turut mencipta dan menulis lirik lagu Tolong Ingatkan Aku diumumkan sebagai juara AJL25 yang melayakkannya menerima wang tunai RM35,000.

Kemenangan itu menimbulkan perdebatan sehingga ramai penonton di stadium meninggalkan kerusi masing-masing sebaik sahaja keputusan diumumkan.

Ketika diminta mengulas kenapa lagu berkenaan tidak boleh diangkat sebagai juara, Azmeer enggan memberi sebarang komen sehinggalah apabila dia mendengar pendapat M.Nasir dalam Imbasan AJL25 pada malam Selasa (malam ini!).

Sorotan mengenai pertandingan berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pukul 11 malam.

Selain M.Nasir dan Azmeer, juri kali ini terdiri daripada Habsah Hassan, Acis, Pacai, Amy (Search) dan Andy (Flop Poppy).

Penyanyi Amy Search pula berkata, dia hanya terlibat menilai dari aspek vokal dan bukannya melibatkan lagu yang dipertandingkan.

Bagaimanapun secara peribadi Amy turut terkejut dengan keputusan itu kerana dia lebih mengharapkan penyanyi Yuna yang membawa lagu Cinta Sempurna diangkat sebagai juara dengan alasan lagu berkenaan menusuk hati.

Bersifat jujur - M.Nasir

Sementara itu M.Nasir pula berkata lagu nyanyian Ana Raffali itu bersifat sensitif, peribadi dan jujur.

“Lagu itu mempunyai rasa. Itu yang penting dan yang kita cari sebenarnya. Sama ada betul atau salah, keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran, penuh pengetahuan muzik, cita rasa dan pembaharuan.


“Lagu ini dikategorikan sebagai lagu terbaik tetapi mungkin penonton rasa lagu ini tidak ‘besar’. Saya melihat kepada kekuatan lirik dan lagunya. Ada kebanyakan lagu yang lemah pada lirik atau lagu dan kedua-duanya,” kata M. Nasir pada sidang media selepas acara itu di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam Ahad lalu.

Biarpun keputusan sudah dilakukan, M. Nasir sedar pasti ada pihak yang akan membuat pertikaian.

“Saya suka pesona melodi dan kejujuran lagu ini berbanding lagu lain. Lirik lagu Tolong Ingatkan Aku lain dari yang lain dan bagus"

“Sebagai ketua juri, saya memilih lagu dan lirik yang bagus dan bukan yang popular,” ujarnya lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan yang ditemui berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat kerana segala-galanya adalah terletak di tangan juri.

“Semua kena tanya M.Nasir," katanya 


Sumber: Mstar Online
 
adios..amigos

Kontroversi "Tolong Ingatkan Aku" - Lagu "Sampah"

Lagu Tolong Ingatkan Aku  ciptaan Ana Raffali dilabelkan sebagai lagu 'sampah' dan tidak layak memenangi AJL25

Selepas kontroversi tidak dibenarkan memegang gitar bagi sesi fotografi profil Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25), penyanyi Ana Raffali sekali lagi dipalit dengan kontroversi apabila kemenangannya sebagai juara AJL25 dipertikai.


Ramai pihak yang mempersoalkan kemenangan lagu Tolong Ingatkan Aku karya lirik dan ciptaan Ana Raffali sendiri setelah rancangan berprestij itu melabuhkan tirai di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam Ahad lalu.

Kejayaan Ana Raffali yang merangkul hadiah wang tunai sebanyak RM35,000 itu mengundang suasana yang kurang manis sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai pemenang apabila kebanyakan penonton di stadium berkenaan bangun meninggalkan kerusi masing-masing.

Ia seperti isyarat peminat dunia hiburan tidak dapat menerima keputusan juri yang diketuai M.Nasir itu mengenai pemilihan berkenaan.

Lebih dahsyat lagi, semasa sidang media diadakan ada wartawan yang melabelkan lagu berkenaan umpama “sampah” dan mempersoalkan kenapa ia harus diangkat sebagai pemenang.
Sebaliknya, anak didik komposer Aidit Alfian ini menerima keputusan juri yang sebulat suara membuat keputusan memilihnya sebagai pemenang.

Ana Raffali tidak kecewa dengan keceman orang ramai kerana dia tidak bersalah sebaliknya menerima keputusan itu dengan rasa syukur.

“Peluang memenangi juara lagu AJL25 tidak akan dapat di mana-mana. Saya berharap lagu Tolong Ingatkan Aku untuk menang tetapi tidak fikir dipilih terlalu tinggi seperti ini.

“Mungkin lagu itu tidak popular dan tidak selalu dimainkan di radio tetapi kita perlu melihat sejauh mana lagu itu digambarkan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kemenangan ini dan akan terus berkarya dalam industri muzik,” katanya ketika sidang media selepas acara itu berlangsung.

Bercerita lanjut tentang lagu berkenaan, Ana Raffali akui lagu itu sebagai mengingati arwah kakaknya yang meninggal pada 9 Januari 2003.

“Saya menulis lagu itu sebagai satu peringatan untuk orang yang tersayang. Benci dan marah merupakan satu lumrah dalam kehidupan.

“Saya akan berkongsi hadiah wang tunai itu dengan orang yang banyak berjasa kepada saya selain ingin mengadakan sedikit jamuan.

“Trofi yang saya menangi ini akan lebih mengingatkan saya tentang kenapa saya memilih muzik sebagai karier sekali gus sebagai lambang keseriusan dan perjuangan saya dalam bidang muzik,” ujarnya.

Ana Raffali juga berharap penganjur konsert akan lebih menghargai penyanyi dan pemuzik tempatan pada masa akan datang.

Sumber: Mstar Online



adios..amigos

"TOP 5" AJL 25


Ini adalah TOP 5 AJL 25  Pilihanku… (bukan pilihan juri okeh!)
Marilah kita lupakan kekecewaan, kesedihan & ketidakpuasatian mengenai keputusan AJL25 yg lalu…


Kita layan “persembahan terbaik” pilihan ku yg “meletup”  & “marvelous” di malam tersebut..

Luv U Adira, Faizal Tahir & Black… you are  d best!


Hanyut Faizal Tahir

Drama King – Black feat MUH
 
Sofea JaneBlack

Aku Ada KamuAdira

Selamat Malam - Faizal Tahir

Terbaik!!!
adios..amigos


Monday, January 10, 2011

Keputusan Penuh AJL 25



Oh! Tidak.. betul ke?  Tapi inilah kenyataannya.. Anugerah Juara Lagu 25 milik  Ana Raffali  Tahniah walaupun ramai yg mempertikaikan kemenangannya termasuk aku.. he he he…

Selaku “Juara AJL25”  Ana Raffali  Penyanyi, komposer dan penulis lirik lagu Tolong Ingatkan Aku ini berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 berser ta Trofi.. (fuh! Bolot sorang tu $$$)

Keputusan Penuh AJL25 :

        Juara AJL25 :     Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

                         2)  Drama KingBlack feat MUH

                         3)    Noktah CintaHafiz AF7

Vokal Terbaik
Noktah CintaHafiz AF7

Best Performance
Of course la… Faizal Tahir

- Kecewa seeeh… Hanyut tak menang…. Dan Vocal Faizal Tahir memang mantap malam tadi  walaupun sebelum ini ramai merungut ttg performancenya..
Tabik spriiiing Faizal Tahir…

- Kecewa seeeh… Black tak menang Vokal Terbaik..tak ada rezeki tahun ini.. andai kau tahu, apa yg ku mahu.. ♫ ♫ ♫

- Kecewa seeeh…kesian Adira… mungkin tak cukup power malam ini.. next year cuba lagi..
Tidak mungkin diri ini mampu, Hidup tanpa doronganmu.. ♫ ♫ ♫

- Kecewa seeeh… lain lain..no komen… he he he

Tahniah semua pemenang….
   


# Klon Ziana Zain dapat hall of fame selama 5 minit yang tidak ditayangkan di kaca tv, hanya khas untuk penonton di stadium. Ketika itu, Ziana Zain sedang mempersembahkan lagunya di pentas, berlawan-lawan dua kembar tak seiras ini.

# Persembahan dimulakan oleh artis veteran kegilaan ramai iaitu Francesca Peter, Nash & M. Nasir. Macam nak jatuh bumbung stadium dek jeritan penonton, kami pun kering tekak jerit kuat-kuat.

# Aksi Faizal Tahir ketika lagu Hanyut benar-benar mengetar badan. Faizal Tahir betul-betul terjun ke dalam tangki dan sambung menyanyi semula. Tak sejuk ke bro?

# Baju kurung yang dipakai oleh Ana Raffali boleh dibuka dalam masa beberapa saat. Ala-ala kasut zaman sekolah rendah guna velcro, zip zap.

# Bunyi tembakan untuk persembahan Hafiz & A.P.I betul-betul mengejutkan kami. Ada orang disebelah kami pucat muka apabila tembakan dilepaskan ketika persembahan Hafiz. Meh kami pecah rahsia, rakan media sumber:Rotikaya

# Susunan skor muzik dan lighting AJL memang terbaik! Menurut orang Tv3, mereka menggunakan sistem SD7, sebuah konsol digital terkini yang kami pun tak tau apa fungsinya. Kalau PS3 boleh juga kami sembang lebat dari A-Z.

# Video tiru gaya artis Misha Omar memang epic win. Terbarai kami gelak-gelak sebab si produser filem memang teliti meniru gaya Misha Omar. Terutamanya yang tang jari dan aksi hentak-hentak kaki. Fuh!

# Sebiji bola disko pecah jatuh berderai ketika persembahan Sharifah Aini. Nasib baik tak hinggap kepala orang, kalau tak sia-sia Tv3 kena saman. Lol!

# Ketika persembahan Siti Nurhaliza, seorang penari tersangkut di tali sampai orang di bawah pentas kena tolong bukakan. Haru juga’lah.

# Kemenangan Ana Raffali mula-mula disambut dengan sorakan, namun di sebelah sana timbul pula bunyi boo dan kekecohan daripada penonton yang tidak puas hati. Kelihatan ramai penonton yang keluar daripada stadium, tak sporting’lah beb!

# Ada orang yang mengelarkan keputusan Anugerah Juara Lagu 25 adalah sampah. Agak kasar bunyinya, kami pun terdiam sejenak.

# Paling melampau, ada orang yang terlampau serius sampai buka fanpage bertajuk Kami tidak bersetuju Ana Raffali menang AJL 25, setakat pukul 5 pagi seramai 1200 orang sudah Like fanpage ini. Rilek la woi!
Sumber: Oh! Bulan
 
adios..amigos

Sunday, January 9, 2011

AJL 25 Bakal Jadi Milik Siapa?

Erm, hari ini  ‘ 9 Januari (Ahad) di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula jam 9 malam ‘ adalah malam kemuncak AJL 25 .. 14 buah lagu akan berentap bagi mengungguli anugerah berprestij itu…
agak-agaknya lah.. lagu mana kah yang layak untuk di tabalkan sebagai lagu terbaik utk edisi kali ini..lagu ape ye ?
Teka..teka..jangan tak teka..kalau lupa atau tak tau lagu pe yg bertanding..
.
.
.
Hah ! ni dia….
Antara 14 Buah Lagu Yang Layak Di Bawah, Yang Manakah Layak Bergelar Juara Lagu Untuk Edisi ke 25 Ini?

·  Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir AF8 (45%, 3,124 Votes)
·  Ku Ada Kamu – Adira AF8 (45%, 3,106 Votes)
·  Hanyut – Faizal Tahir (3%, 201 Votes)
·  Pelita – A.P.I (2%, 139 Votes)
·  Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali (1%, 63 Votes)
·  Cinta Sempurna – Yuna (1%, 63 Votes)
·  Sofea Jane – Black Mentor (1%, 59 Votes)
·  Drama King – Meet Uncle Hussain (1%, 57 Votes)
·  Selamat Malam – Faizal Tahir (1%, 46 Votes)
·  Noktah Cinta – Hafiz AF7 (0%, 33 Votes)
·  Jahat – Stacy (0%, 24 Votes)
·  Ekstravaganza – Bunkface (0%, 9 Votes)
·  Mencari Konklusi – Hujan (0%, 7 Votes)
·  Berlari – Tomok (0%, 3 Votes)

Result until  09/01/2011 1330  - Shahir & Adira bersaing hebat.. ^^



Malas citer panjang..tapi aku dah vote untuk….
.
.
.

Juara AJL25:      Aku Ada KamuAdira
                        2)  Hanyut Faizal Tahir
                        3)    Drama KingBlack feat MUH
Vokal
Sofea Jane – Black

Best Performance
Erm…..Faizal Tahir kot, coz dia kan nak “menyelam” atas pentas

Terbaik!

Adira Aku Ada Kamu
adios..amigos



Selamat Pengantin Baru: Ani & Is

Destinasi : Perak
Kenapa Perak? Kg aku da…. Tanggal 25/12/2010, cousin ku, Aini selamat disandingkan dalam satu majlis yg meriah…Diorang ni dah nikah tanggal 18/12/2010.. SO, ini adalah Day Reception dirumah pengantin perempuan (bride)… Temanya “hijau & putih” they are very sweet couple.. bagai pinang di belah dua..

Congratulation Ani & Is..
Semoga kekal berbahagia  & bersama hingga hujung nyawa..amin


Majlis di mulakan dengan marhaban & majlis berendoi …
 
Day Reception

 
 
 
Dayang yang mengiringi pengantin.. 
 Batrisha, Farah & Hani…


Outdoor Photoshoot
Location: Taman Tasik Kamunting

Sumber: FB Ainie Sabery, Muhammad Naim & Mazzaliza Saberi
HTML Comment Box is loading comments...