My photo
Life is to be fortified by many friendships. To love and to be loved is the greatest happiness of existence.


Labels

Powered by Blogger.

Saturday, October 29, 2011

Fara, Neelofa hos baharu Nona

Wait n See rating NONA naik ke tidak… Rasa nya NONA perlukan pembaharuan dalam intipati rancangan itu sendiri..bukannya hanya bergantung kepada pengacara semata mata…

Apa pun TAHNIAH buat Fara Fauzana & Neelofa..




KUALA LUMPUR - Penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana sah menjadi hos program terbitan TV3,Nona bersama pelakon jelita, Neelofa bermula Januari tahun depan.
Pengumuman mengenai pemilihan Fara, 31, dan Neelofa, 23, sebagai hos baharu Nona itu dibuat oleh Pengarah Urusan Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.
"Fara dipilih kerana gaya spontan beliau selain ada ramai pengikut manakala Neelofa pula adalah bintang baharu yang sedang meningkat naik," kata Izham pada sidang akhbar pratonton rancangan televisyen Media Prima Berhad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam.
Menurut Izham, gandingan Fara dan Neelofa diharap menyuntik kelainan kepada Nona di masa depan.
Sementara itu, Fara yang hadir pada majlis tersebut mengakui teruja dengan cabaran baharunya itu.
"Saya tidak sabar-sabar lagi untuk menjalankan tugasan sebagai hos baharu Nona kerana selepas berbincang dengan pihak penerbitan Nona, saya dibenarkan menjadi diri saya sendiri," ujarnya.
Tambah beliau, Nona yang bakal dikendalikan bersama Neelofa itu akan menggunakan pendekatan baharu untuk mencipta kelainan berbanding gaya program itu yang dikendalikan hos sedia ada, Vanidah Imran.
Katanya, konsep baharu itu akan diumumkan pada sidang akhbar Nona tidak lama lagi.

Sumber : Kosmo Online
HTML Comment Box is loading comments...