Setelah video itu di pertontonkan di Buletin Utama TV3… baru aku sedar ini adalah kejadian benar yang berlaku..? Ini adalah realiti..tetapi mengapa tiada yang menghulurkan bantuan..?
Mungkin ada diantara korang yang sudah tahu dan mungkin ada yang belum tahu.
Sumber ini aku perolehi dari blog taotauajer.
Ini penjelasan kenapa budak cina kena langgar tu tidak ditolong :

Sebabnya, apabila korang tolong orang lain, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang.
Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal, dan makcik tu dimasukkan ke hospital, maka korang kena tanggung segala kos perubatannya ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sebab korang lah penyebab mak die jatuh.
Inilah faktanya yang berlaku di China. Nilai moral mereka dah tiada tiada. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Cerita ini disebarkan melalui akhbar di China itu sendiri.
Dalam akhbar tersebut, penulis memberitahu bahawa sebelum ini ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba. Dalam masa yang sama, anak orang tua ni nampak askar tu pegang mak dia dan tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut. Akibatnya askar tu kena buang kerja.
Jadi apa bezanya kes budak china yang kena langgar ni? Kesnya sama diatas. Sebab itulah 18 orang yang berada disekelilingnya hanya mampu melihat. Dalam hati ada simpati tetapi memikirkan apa nasib mereka akan datang sekiranya tolong budak yang kena gilis tu.
Berkenaan dengan pemandu van yang melanggar budak tersebut, memang dia ada berhenti sekejap sebab sedar ada terlanggar budak. Pada masa itu, budak tu berada di tengah-tengah antara tayar depan dan belakang kenderaan. Dia terfikir kalau budak tu mati, dia cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 sahaja tetapi kalau budak tu hidup, dia terpaksa tanggung kos perubatan seumur hidup, jadi dia teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tua akan mati.
Begitulah undang-undang di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira berbanding dari langgar hidup.
Sama juga kisah sebelum ini yang kecoh ada seorang wanita pengsan di tempat umum dan seorang lelaki mencabul kehormatan wanita tersebut di depan khalayak ramai tetapi orang disekeliling buat tak tahu je.
Perkara macam ni mungkin dah menjadi biasa disana cuma kita disini yang akan terasa dan tertanya-tanya kenapa mereka jadi macam tu.
Wallahualam, kurang pasti samada ini adalah situasi sebenar yang berlaku di negara China atau tidak..
Tapi sebagai rakyat Malaysia di sebuah Negara yang aman damai… di harapkan kita di jauhkan dengan sifat “mementingkan diri” ini…
Amin….
Budi Bahasa Adalah Budaya Kita..kerna kita adalah 1Malaysia





